Sebagai seorang ibu, anda membuat keputusan untuk memberi bayi anda manfaat yang luar biasa dari susu ibu. Sama seperti setiap ibu dan setiap bayi berbeza, setiap perjalanan penyusuan juga adalah berbeza – dan setiap perjalanan bermula dan berakhir dengan keadaan yang unik. Tidak kira faktor apa pun yang menjurus kepada keputusan anda untuk bercerai susu, ia boleh menjadi tempoh yang sangat emosional – anda mungkin berasa lega, sentimental, sedih, atau gabungan semua emosi ini. Bangga dengan apa yang telah anda capai, sama ada anda menyusui selama 2 minggu atau 2 tahun. Anda memberikan bayi anda pemakanan yang terbaik selama mana yang anda boleh – dan itulah yang paling menakjubkan.
Sama ada anda (ibu) yang membuat keputusan untuk membiarkan anak anda memutuskan untuk bercerai susu (baby-led weaning), atau diri anda sendiri yang memutuskan untuk bercerai susu (mother-led weaning), berikut adalah beberapa tips bercerai susu untuk membuat proses lebih mudah pada anda dan juga bayi.
1. Alihkan perhatian
Apabila anak kecil anda ingin minta disusukan. Anda perlu merancang dengan baik untuk mengalih perhatian anak dengan cara apa sekali pun atau perlua gantikan dengan apa sahaja perkara yang anak anda gemari. Sebagai contoh, semasa rutin waktu makan, tambahkan snek atau alihkan perhatian anak anda dengan permainan kegemarannya.
2. Memendekkan atau menangguhkan
Dengan melaraskan jumlah masa menyusu atau dengan melengah-lengahkan waktu penyususan, anda secara beransur-ansur boleh membantu bayi anda kurang berminat untuk menyusu. Sekiranya anak anda bertanya berkaitan susu, anda boleh mengatakan “belum tiba masanya lagi untuk menyusu, tetapi sebentar sahaja lagi,” atau “boleh tunggu sebentar hanya untuk beberapa minit.” Harapannya adalah bahawa mereka akan sibuk dan melupakan hasrat mereka untuk menyusu, dan dalam masa yang sama dari masa ke semasa mereka akan berasa selesa dengan tempoh penyusuan yang lebih singkat.
3. Teruskan secara beransur-ansur
Menukar rutin “mengempeng” boleh menjadi sangat mencabar untuk anak kecil anda, perubahan secara emosional untuk anda, dan boleh menyebabkan komplikasi fizikal yang tidak selesa dan serius seperti bengkak susu. Salah satu petua yang paling berguna untuk cerai susu adalah mengurangkan sesi penyusuan pada awal tempoh cerai susu, bukannya secara drastik. Sebagai contoh, cubalah untuk menghentikan sesi penyusuan pada waktu tengah hari (nap) terlebih dahulu. Bila semuanya anda rasa dalam keadaan terkawal, hentikan sesi penyusuan pada sebelah pagi pula. Dan jika keadaan itu berjalan dengan lancar, anda pasti dapat mengatasi sesi penyusuan pada sebelah malam juga.
4. Luangkan masa untuk berpelukan (cuddle)
Ramai kanak-kanak menyusu disebabkan keselesaan yang sangat membahagiakan mereka selain pemakanan. Supaya anda dapat cerai susu dengan baik, pastikan anda masih mempunyai masa cuddle one-on-one dengan buku kegemaran anak anda, atau beribaan di kerusi goyang.
5. Tidak mengapa untuk katakan “NO”
Adalah penting untuk memberi diri anda kebebasan untuk mengatakan “tidak.” Walaupun anda ingin menghormati perasaan dan keinginan anak anda, anda juga harus melakukan apa yang berkesan buat diri anda. Ini terutamanya berlaku apabila anak anda makin membesar dan mempunyai kecenderungan untuk mencubit, cuba menyelak baju anda atau menarik kuat payudara anda. Jika anda ingin mengatakan “tidak” untuk menyusukan, ia tidak menjadikan anda seorang ibu yang tidak baik!
6. Adalah wajar untuk bersedih
Tidak mengapa untuk merasakan gelodak emosi yang bermacam-macam. Bahkan perasaan sedih memikirkan tentang berakhirnya tempoh penyusuan yang sangat istemewa bersama anak anda. Jangan risau, hanya perjalanan penyusuan anda sahaja yang berakhir, tetapi banyak lagi pengembaraan yang menarik akan datang untuk anda dan anak kecil anda!
7. Jangkakan perkara yang tidak dijangka
Kadangkala penyakit atau kecederaan memaksa anda berpisah dari bayi anda, dan menjurus kepada penceraian susu tiba-tiba. Mempunyai bekalan susu ibu beku di tangan akan membantu meringankan proses pengurusan susu bayi anda.
8. Legakan ketegangan
Semasa proses penceraian susu, badan anda sedang menyesuaikan diri untuk membuat susu kurang, payudara anda akan berasa penuh. Untuk melegakan kepadatan dan ketengangan, anda boleh mengeluarkan susu dari payudara anda – cukup untuk anda berasa selesa. Sesetengah ibu menggunakan pek ais, atau daun kubis dengan menekap dibahagian payudara untuk memberikan sedikit kelegaan.
Keputusan untuk bercerai susu adalah dirasakan sangat peribadi berdasarkan hubungan antara anda dan anak kecil anda – dan hanya anda tahu bila masa yang betul untuk bercerai susu. Tidak kira bila ia berlaku, atau berapa lama perjalanan menyusukan anda, meraikan pencapaian anda!

erotik
March 2, 2021As soon as I found this site I went on reddit to share some of the love with them. Korie Gibbie Lunnete
femal ejaculation
March 5, 2021I used to be able to find good advice from your blog articles. Brenda Shanan Groh