TIPS HILANGKAN BATUK BERKAHAK

Anak anda selalu demam dan pakej dengan selsema dan batuk berkahak?

Suhu badan meningkat atau demam panas dikalangan bayi dan kanak-kanak adalah sinonim. Malah apabila anak-anak demam, pasti akan pakej sekali bersama selsema dan juga batuk. Antara Yang paling lambat reda adalah batuk dan juga selsema. Bila anak dah mula batuk, ada kalanya datang sekali bersama cairan pekat dari dalam badan iaitu kahak yang amat menyukai badan anak anda seperti tidak mahu berpisah sahaja. Selain anak, ibu bapa juga pasti tidak dapat mendapat rehat yang cukup kerana risaukan keadaan anak yang tidak selesa, sukar bernafas dengan baik, ada kalanya sehingga muntah-muntah.

Disini saya nak kongsikan beberapa tips untuk kurangkan batuk berkahak dengan cara alami. Hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat dirumah sahaja, anda dapat membantu untuk legakan kesengsaraan anak-anak anda.

Saja nak share malam kelmarin sakit tekak sangat, terjaga tengah malam. Teringat ada buat bawang madu ni, terus amik sesudu. Kemudian sambung tidur, pagi pagi alhamdulillah makin kurang sakit tekak. Pagi ambik lagi sesudu. 

Tak sakit tekak dah syukur!

Sebelum ni baca je ni baru nak cuba petua ni, rasa dia manis manis madu tu cuma kuat sikit lah bau bawang hihi. Terus telan air lepas tu.

Ada macam-macam alternatif. Biasa yang saya dengar, cara yang famous adalah campurkan sedikit madu dengan lemon. Rupanya cara ini untuk batuk yang kurang berkahak. Dan cara yang bawang madu ini untuk batuk berkahak, saya tahu dari Dr Rizal Abu Bakar ialah dengan mencampurkan satu atau dua sudu madu lebah bersama bawang.

Cara- caranya:

1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja, selebihnya boleh masuk dalam masakan.

  

2. Leraikan ulas bawang tersebut kepada keping kepingan.

3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.

4. Gaulkan biar rata.

5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.

6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.

7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak.

Selamat mencuba!
Artikel kredit to Azizah Zan

TIPS HILANGKAN BATUK BERKAHAK CARA YANG LEBIH MUDAH

Kalau rasa malas nak melayan cara tradisional yang melecehkan ini, boleh cuba cara ni. Check it out!

Untuk cara yang lebih mudah, boleh sapukan saja balm CF-Rub dari Tasneem Naturel. Kesannya juga sepantas cara tradisional. 

Cara sapuan:

Sapu di bahagian dada, belakang badan, leher dan juga tapak kaki. 

Mudahkan?

CF-Rub mengandungi lebih dari 7 minyak pati semulajadi (Essential Oil) yang bertindak aktif dalam darah untuk kesan yang lebih cepat.

Untuk dapatkan balm Tasneem Naturel, boleh klik link Whatsapp untuk pertanyaan lanjut.

XOXO
signature

Subscribe so you don’t miss a post
Sign up with your email address to receive news and updates!

What do you think?

Your email address will not be published. Required fields are marked *

No Comments Yet.

Previous
Cherry Blossom Season
TIPS HILANGKAN BATUK BERKAHAK

0
Your Cart